Monday, February 22, 2010

Sudirman : Seniman Rakyat


Pada hari ini 22 Februari 1992 (bersamaan 18 Syaaban 1412), hari Sabtu jam 4:00 pagi, ketika berusia 37 tahun, Sudirman Hj Arshad telah kembali ke Rahmatullah di rumah kakaknya Rudiah bt. Hj. Arshad di alamat No.16, Jalan Taban Satu, Lucky Garden, Bangsar Park, Kuala Lumpur setelah 7 bulan menghidap penyakit radang paru-paru Pneumonia. Jenazah Allahyarham telah dibawa pulang ke Temerloh dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kg. Chengal, Temerloh pada hari yang sama, jam 3:45 petang - di sebelah pusara orang tuanya. Ribuan peminat-peminat setia termasuk Perdana Menteri Malaysia ketika itu Dr. Mahathir Mohamad telah menziarahi jenazah Allahyarham yang dianggap sebagai satu kehilangan besar bagi dunia hiburan tanah air.

Sepanjang hidup nya beliau dikenali sebagai
  • Penghibur Terbaik Asia
  • Penulis dan pelukis kartun
  • Pelakon filem
  • Usahawan
Pasti di antara kamu semua mempunyai beberapa kenangan yang berkaitan dengan Sudirman.Tak kira lah samada melalui lagu-lagunya yang sangat merdu seperti Terasing,Merisi Khabar,Balik Kampung,Aku Penghiburmu ,31 Ogos,Warisan,Salam Terakhir dan lain-lain lagi.

Atau juga kenangan secara langsung dengan nya?


No comments:

Post a Comment