Thursday, February 18, 2010

Ahmadi Hassan Meninggal


Penyanyi lagu nasyid 80-an, Ahmadi Hassan, 63, telah meninggal dunia di Hospital Pusat Pakar Al Islam, Kampung Baru, Kuala Lumpur, jam 5.30 petang disebabkan kerana komplikasi buah pinggang.
Beliau yang terkenal dengan watakPak Chat iaitu watak dalam drama radio Fajar Di Bumi Permata, yang cukup popular pada ketika zaman 70-an.Allah lebih menyayanginya dan kita harus reda dengan pemergiannya.
Jenazah beliau dibawa balik ke rumahnya di Kampung Merbau Sempak, Sungai Buloh dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam kampung itu, jam 10 pagi ini.
Antara lagu yang popular adalah Godaan Dunia, Ilahi, Allahu Rabbi, Cubalah Cuba dan Boleh Kata Boleh.

No comments:

Post a Comment